Friday, April 9, 2010

Malam Kebajikan Kampus Pekan 2010


Malam Kebajikan Kampus Pekan dengan kerjasama antara MechaPRO & EEES telah diadakan di Ruang Legar Blok W Kampus Gambang pada:

HARI : RABU
TARIKH : 07/04/2010
MASA : 8.00 - 11.00 MLM

Sesi dialog ini dihadiri oleh:

TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK & ANTARABANGSA
(PROF. DATO’ DR. SABARUDIN BIN MOHD)

PEMANGKU DEKAN JHEPA
(PROFESOR DR MOHD RIDZUAN BIN NORDIN)

DEKAN FKM
(PROF. DR. ROSLI BIN ABU BAKAR)

DEKAN FKEE
(IR. ZULKEFLEE BIN KHALIDIN)

PERJALANAN PROGRAM:
  1. KEHADIRAN PARA PELAJAR FKM & FKEE
  2. KEHADIRAN TETAMU VVIP
  3. BACAAN DOA
  4. NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN MAJU GEMILANG
  5. UCAPAN DEKAN FKEE
  6. UCAPAN DEKAN FKEE
  7. UCAPAN DEKAN JHEPA
  8. UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK
  9. TAYANGAN VIDEO
  10. SESI DIALOG
  11. BACAAN DA PENUTUP
  12. JAMUAN VVIP DAN PARA PELAJAR
  13. BERSURAI

PENGISIAN PROGRAM:
Terdapat pelbagai pertanyaan yang telah diajukan oleh para mahasiswa kepada pihak pentadbiran. Keadaan agak riuh tetapi masih lagi dapat dikawal. Ramai yang tidak berpuas hati dengan perpindahan para pelajar Tahun 3 & 4 FKM & FKEE. Terdapat pelbagai persoalan yang timbul pada malam tersebut antaranya :
  1. Jaminan supaya KK5 siap pada masa yang ditetapkan,
  2. Latihan Industri bagi pelajar FKM & FKEE,
  3. kemudahan untuk pelajar di Kampus Pekan,
  4. Isu Bas,
  5. Isu Surau
  6. Isu Keselamatan Mahasiswa di Kampus Pekan
  7. Isu makanan di Cafe Kampus Pekan
  8. Isu alat bantuan pembelajaran (P&P)
  9. Isu Yuran
  10. dan sebagainya.
Pihak pentadbiran berjanji akan mengetengahkan isu ini dalam mesyuarat mereka dan mengambil tindakan segera. Para pelajar FKM & FKEE Tahun 3 & 4 tetap perlu berpindah ke Kampus Pekan ataupun menyewa di sekitar Pekan.

Liga Sukan UMP 2010

4 April 2010 (AHAD) FKM telah diumumkan sebagai pemenang keseluruhan dalam LIGA SUKAN UMP 2010. Tahniah kepada para atlit.

Tahniah kepada semua atlit FKM kerana telah berjaya membanggakan FKM dengan menjadi juara keseluruhan untuk Liga Sukan UMP 2010. Usaha dan kegigihan anda untuk memperjuangkan nama mekanikal amat kami hargai. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda dan semoga semangat ini kekal bukan sahaja dari segi sukan malah dalam akademik juga.
Maaf kerana saya tidak dapat menyenaraikan nama-nama atlit didalam ini tetapi kami dari pihak MechaPRO amat menghargai usaha anda.
Terima kasih sekali lagi.




2010 PETRONAS MALAYSIAN GRAND PRIX

Pada tanggal 2 April 2010(JUMAAT) telah diadakan program

“2010 PETRONAS MALAYSIAN GRAND PRIX”
MALAYSIAN SCHOOL PITLANE WALK" SIC SEPANG

Pelajar mekanikal telah diberi peluang untuk menyaksikan F1 di Litar Sepang. Kepada yang berjaya pergi itu tahniah dan kepada yang tidak berpeluang itu boleh memohon untuk program yang akan datang dan sekiranya anda cukup aktif dalam mengikuti segala aktiviti yang MechaPRO anjurkan anda kemungkinan dapat menyertai program yang akan dirancang kemudian.